Kematian adik Shafiah


Ramai telah mendahului dalam mengulas isu kematian kanak-kanak yang berusia 3 tahun di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. Saya juga terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan rakan pambaca dalah isu ini. Sungguh memeranjatkan apabila saya membaca berita tersebut. Terfikir bagaimanakah lelaki tersebut boleh bertindak sedemikian rupa. Namun saya tidak mahu menyertai mereka yang menghamburkan kemarahan dalam bentuk cacian dan celaan terhadap pembunuh. Rasanya tidak perlu saya nyatakan kenapa, tetapi cukuplah saya katakan saya tidak bersetuju dengan cara sedemikian, walaupun kadang-kadang tanpa disedari ianya terjadi juga tanpa kehendaki.

Seperti mana tulisan saya yang lepas di bawah tajuk “ujian emosiku”, saya telah nyatakan setiap daripada kita akan ditimpakan sesuatu oleh Allah s.w.t dengan tujuan untuk mengetahui kebenaran dan sejauh mana tahap keimanan kita. Di sini jelas, lelaki tersebut juga ditimpakan ujian iaitu tahap kawalan emosi yang rendah. Namun demikian, secara asasnya faktor IMAN dan TAQWA sahaja yang mampu membuatkan seseorang itu mampu mengawal diri dan emosinya. Lihat sabda Rasulullah s.a.w: Dari Abu Hurairah r.a (maksudnya)

”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan” (hadis riwayat Muslim, bab iman)

Lihat! Ketiga-tiga maksiat yang disebut di atas adalah tergolong daripada dosa-dosa besar. Kesemuanya tidak akan berlaku melainkan ketika itu imannya tiada bersamanya. Kata lain, ketika itu hatinya langsung tidak mengingati Allah s.w.t. Begitu juga yang berlaku kepada si pembunuh ini, membunuh juga tergolong daripada dosa-dosa besar. Tidak berlaku pembunuhan melainkan tiada iman dalam hati si pembunuh. Sebaliknya hatinya dikuasai oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Tiadalah yang diharapkan melainkan kembalinya iman ke dalam hati lelaki tersebut dan beratubat kepada Allah s.w.t. Jika sememangnya empunya diri tidak memberi tumpuan terhadap imannya, perlukah kita mengeji mencacinya? Salah empunya diri tidak mencari ilmu atau sang pendakwah yang terlepas pandang? Bukan niat ingin menuding jari meyalahkan sesiapa, tetapi sekadar persoalan untuk kita bermuhasabah. Khususnya buat para pendakwah di kawasan berlakunya kejadian.

Namun menjadi kesilapan untuk menyandarkan tugas ini di bahu para pendakwah sahaja. Apakah masyarakat biasa tidak boleh berdakwah? Sedarilah, setiap daripada kita yang mengucapakan kalimah “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya” maka dia adalah seorang pendakwah. Setiap manusia yang digelar “muslimin”, maka ke atasnya terpikul satu tanggungjawab. Iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah yang mungkar. Jika kita berbuat demikian, dengan ini digelarlah kita sebagai sebaik-baik umat oleh Allah s.w.t: (bermaksud)

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah..” (surah Al-Imran, ayat 110)

Sabda Rasulullah s.a.w: Hadis Abu Said r.a (maksudnya)

“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman” (hadis riwayat Muslim, bab iman)

Sebaik-baik petunjuk adalah Al-Quran dan sunnah rasul-Na. Ambil dan amalkanlah dalam kehidupan. Janganlah rela melihat kejahatan serta maksiat berlaku tanpa teguran atau nasihat. Paling tidak dahulukan doa untuk mereka. Ketahuilah, jika Allah menurunkan azabnya, kesemuanya akan merasainya. Sanggupkah kita? Mari perhatikan peringatan yang diberikan Tuhan yang sayangkan hambanya yang terlalu lemah ini: (bermaksud)

“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus ditimpakan terhadap orang-orang yang zalim sahaja diantara kamu, dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksaan-Nya” (surah Al-Anfal, ayat 25)

0 ulasan:

Blogger Templates by Blog Forum